Salam....

            Hari ni terasa nak menulis sesuatu tentang FB.... Hurm.... dulu masa mula-mula join FB punyalah seronok, apa taknya, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan terputus hubungan jumpa balik melalui Friend Finder... Alhamdulillah jugak lah, tapi yang tak bestnya, bila dah leka, kerja lain malas nak buat. Nak menghadap FB jek, nak tau kenapa? erm... apalagi kalau bukan Game-Game yang disediakan, tinggal klik jek.
           Tapi itu dulu, bila dah lama sikit menggunakan FB, game dah tak ku layan.  Menghadap laptop ni membuatkan mataku yang sememangnya rabun makin rabun. Aku tgk ruangan FB tpt meluahkan perasaan yang tak stabil dalam diri masing-masing. Ada plak yang ntah share benda2 yang ntah apa-apa jek....
            Yang tak bestnya, bila ada rakan-rakan teman sibuk jugak ADD kita sebagai kawan, tapi tujuannya apa???? Sekadar nak bagi tunjuk kat org lain yang FRIEND dia dah cecah beribu atau beratus dn macam-macam lagi. Dah la ADD kita pas tu tak kenalkan diri dan tak catch up apa-apa pun lepas tu. Bila bagi isu or pandangan bukannya bagi pun, sekadar membaca sepintas lalu, nak tahu kenapa??? sebab diorang tak kenal kita dan tak tahu nak bagi komen apa. Ni yang buat aku bengang.....
            Kalaupun nak ADD kita sebagai kawan, jadilah kawan yang sebenar, bukan kawan LIST sahaja. Menyampah aku....  Sedar-sedarlah pengguna FB sekalian. Nak tambah kawan baru boleh... bukannya tak boleh, tapi bukan sekadar ADD kita dan tak kenalkan diri Anda.... BENGANG gak wooooo...
           FUHH!!!! Lega.....



iLuvislam.com

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)


             Apa yerk, final exam 7hb... p aq rasa penat sgt. nak ulangkaji pun rasa x larat... Aku rasa macam ada yang tak kena. Selama aku menjalankan tugas, aku rasa aku dah lakukan sebaik boleh dan terutama dan terpenting IKHLAS... Tapi ada seseorang yang membuatkan aku rasa rimas dan tak senang hati pabila menjalankan tugas.
           Bila aku  dah mula ikhlas dengan pekerjaanku, mengapa ada orang tak puas hati?????? Dia ingat posisinya d jabatan ku membezakan taraf kami? Sorry ya.... Tahap kualiti kerja kita ditengok dari hasil kerja yang kita buat. bukannya kedudukan seseorang yang membezakan semuanya. Setakat mendapat title "Pekerja Cemerlang" yang sebenarnya tak ikhlas diberikan oleh BOS jangan lah berlagak!!!!
           Pergh...... NAnti aku sambung ey.... Ada kerja plak mau di buat ni huhuhu.....
iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
myMetro | Akademik, sukan sama penting