Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com + discover the beauty of islam
As Salam...

Wah! Salute la... Novel Fauziah Ashari tak pernah menghampakan aku hehehehe Ala... Novel terbarunya ni "Kan KuKejar Cinta Kamu" Walaupun dia gunakan kata ganti yang pelik [agak unik] tapi ku rasa sangat2 menyentuh perasaanku....[terlebih feeling agaknya hehehe sampaikan banyak kali jugakla aku terasa sebak semasa membacanya dan 2 x mengalirkan air mata huhuhuh [ memang semenjak dua menjak ni mudah sangat mengalirkan air mata :( ]

Jalan cerita tak meleret2, ada isi yang disampaikan, dan yang paling penting tak strereotaip... memang MANTOP!!!!! Rugi tak baca....

Erm... ada ayat dia yang menyentuh perasaan kita sebagai pembaca dan pengajaran untuk wanita bergelar Isteri, Ibu, Nenek dan sebagainya.... Jadilah isteri yang solehah, kelak kita jugak yang bahagia di akhirat kelak. Jangan berdendam, kerana dendam itu hanya membawa kepada kemusnahan hati dan hilangnya ketenangan jiwa. Terus terang ku kata, siapa yang berdendam dan dia bahagia NO!!! tidak sekali2..... malah Dendam hanya membuatkan kita jauh dari kasih sayang Allah....

Ayat yang paling aku suka [ bukan ayat-ayat cinta erk ] :
     Beban memusnahkan impian [ ada maksudnya yang mendalam]
 



Walaupun cerita ni banyak yang menggeramkan dan menyakitkan hati  [ kalau terjadi dalam real life ] tapi bila diselitkan dengan ilmu2 tambahan dan humor kita jadi terhibur dan sangat2 teringin mau membaca hingga ke akhirnya.....

Ha! sesapa yang suka baca bab 1 dan bab ending tanpa baca jalan cerita ditengah2nya.... ANDA RUGI BESAR!! kerana didalam dan ditengah2 cerita banyak konflik, ilmu dan garapan2 minda yang boleh kita gunakan dalam menghadapi kehidupan kita didunia nyata. Bukan lah aku kata aku OBSES ngan novel2 ni, tapi gunakanlah akal sihat semasa membaca. yang baik kita ambil, yang remeh2 tu sekadar mainan cerita sahaja....

Oh! ya, rupanya ada novel ombak rindu3, kesinambungan novel ombak rindu tu selepas Cinta Tiada Akhirnya" tajuknya "RINDU CINTAKU" Wah! wajib cari ni, coz sambungan cerita Izzah & Harizz hehehehe..... Jom Geng Kaki Novel.... Cari dan membacalah, Ilmu takkan tua. Semakin lama kita hidup, semakin banyak ilmu yang kita dapat. Bah membaca la kamu heheheheeh

Ibu...
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku...
Memberiku setitik cahaya dalam kekalutan kuberfikir...
Kau labuhkan hatimu untukku dengan tulus...
Ibu...
Terima kasih atas segala pengorbananmu...

Ibu...
jasamu tak terbalas...
jasamu tak terbeli...
jasamu takkan berakhir...
tiada tara....
jasamu terlukis indah di dalam syurga...
Ibu...
hanya doa yang dapat ku persembahkan untukmu karena jasamu tiada terbalas...


Semua yang terbaik dan terindah adalah kurniaanmu Ya Allah... Aku hanya sekadar hamba yang selalu khilaf..... Ku mohon rezeki yang SATU itu Ya Allah.... AMIN....



 

Memang dia adalah lelaki yang tercipta untuk jadi pendampingku.....

Assalam.... 


Hai kawan2, ni aku mau cerita sikit tentang isu murid sekolah yang dak pandai membaca [fahamka?] Begini, setiap tahun akan ada pelawat yang datang ke tpt kerja ku dan siasat itu ini. Mungkin aku ni adalah diantara golongan yang berani bersuara atau terlebih peramah kot.... Entahla. Jadi aku sebagai pegawai pelaksana berasa aku berhak bercakap sesuatu yang kurasa ada kureng...lah pasal hal2 yang berkaitan sikit dengan kerja ku  "as assistant" jak di situ. Dah orang berwajib yang sepatutnya di siasat dah balik, maka aku [ dan kawan2 pelaksa] yang terpaksa menjawab apa saja yang ditanya. Bila siasat punya siasat, tengok dan tengok, kaji dan kaji. Aku rasa kepincangan tugas sedang berlaku. 


Setiap jabatan ada servis masing2, maka setiap pegawai harus melaksanakan tugas mengikut arahan dan pekeliling yang ditetapkan, tetapi apa yang aku dan kawan sekerja ku rasa kami macam dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar dari jabatan yang sepatutnya.... [maaf la, aku dak boleh bagitau ] Di Jabatan kami, servis yang patut kami buat/beri ialah PENGENALAN dan ASAS [Basic] kata orang Jawa. Tapi bila sampai tahap Pelanggan kami harus naik / pindah ke Jabatan atasan, means atas kamila, Diorang salahkan kami kiranya Pelanggan kami tidak mencapat tahap yang diorang inginkan/target.


Seterusnya bila Pelanggan kami ni Naik lagi ke tahap yang lebih tinggi tahap pencapaian pelanggan kami ni, macam tahap 1 jak. Dak berkembang2. [Faham ka????] Beginila, cuba korang fikir dan fikir, Pelanggan kami hanya 11bulan sahaja dapat kami curahkan ilmu BASIC, kalau yang ok UP lagi lah. Kalau yang memang dak OK Adui, mandi keringat, sakit tekak dan habis air liur jugak mau servis diorang ni. Iyala, Pelanggan 5/6 tahun.... Akal diorang setinggi mana.... Takkan mau di paksa.... Budak2.... [Eh! Pelanggannnnn....] Ingatan diorang yang dak seberapa ni, kalau dak diasah hari2, mestilah LUPA. Itula, kita di suruh SEKOLAH, Jangan dak sekolah.... Biar umur baru 3 tahun, hantar jak anak kita tu pergi sekolah. kan ada pusat2 yang berikan perkhidmatan pendidikan seawal 3 tahun. Kalau di Sabah aku dak tau, tapi kalau di Semenanjung mungkin ada, dan ada budak2 seawal usia 1tahun dah diorang hantar p nursery yang menyediakan perkhidmatan pendidikan Khaas Kanak2.


Ini mungkin ISU ANAK PEDALAMAN.... Ahhhh bagi aku, dak da isu Bandar atau Luar Bandar. Akal yang Allah bagi dak da bezanya, cuma dari kemahuan, azam, dan usaha yang dapat menentukan kejayaan hidup seseorang. Semua orang main peranan terutama ibu bapa. Ibu bapa lah yang mencorakkan keperibadian anak2. 


Yang bikin aku bengang ni, Yang Jabatan Paling Atas salahkan Jabatan bawahannya, Jabatan bawahannya, salahkan Jabatan kami plak huhuhuh.... Jadi dengan terus terang la ku katakan disini, sepanjang 11 bulan kami menyalurkan servis yang INSYAALLAH terbaik buat dioarang, dari NULL sehingga berisi ilmu. Alhamdulillah, pelanggan kami 0.001% jak yang mengecewakan, yang lain tuadalah dari diri diorang sendiri sama ada diorang ada keazaman untuk jadi pandai atau pun hanya leka bermain apabila cuti sekolah, dan yang paling teruk lagi, ibu bapa hanya membiarkan sahaja anak2 pelanggan kami ni terleka tanpa ada perhatian khusus tentang pelajaran mereka. Itulah bila mereka naik tahap, mereka akan berada diawang2ngan. Macam terlupa sudah ilmu yang mereka perolehi selama 11 bulan itu, akibat penangan cuti selama 1 bulan lebih tu....


Bila ada ujian penilaian tahap kecerdasan diorang menurun dan mereka tidak yakin denngan ilmu yang diorang ada. Maka terjadila kes Di soal dia tak tau jawab, di tanya dia cuma diam dan senyum2 kambing huhuhuhu Jadi apa gunanya Jabatan 1 ini kalau tidak dapat mengembalikan memori daun pisang..... Eh!! Memori ilmu mereka selama 6 tahun di Jabatan diorang????? Takkan lah, Murid dari darjah 1 - darjah 6 KEKAL tidak pandai MEMBACA?????? Apa kes??? Mana Kelas Pemulihan? Apa hasilnya??? Sedangkan dalam 11 bulan aku rasa Jabatan kami boleh InsyaAllah mengenalkan diorang dengan huruf2 vokal, konsonan, suku kata [melalui pengalamanku la] bukan mau cakap besar.... INI KENYATAAN...


Kali ni, kalau ada Jabatan soal siasat datang lagi, biarlah pihak yang BERWAJIB itu ADA. Diorang terangkanlah sendiri. Dari pemerhatian akulah, semua pihak harus BEKERJASAMA means BEKERJA BERSAMA!! Dak payah menuding jari salahkan itu dan itu.... PENDIDIKAN ANAK2 TANGGUNGJAWAB KITA dan ANAK2 itu sendiri.... Fikir2kan lah. Tepuk dada Tanya Akal Kita Yang Bijak tu....


[BUKAN MAU BIKIN CERITA PANAS, SEKADAR LUAHAN RASA YANG BERTAHUN2 KU RASA HUHUHU]
Assalam....

Bila ku kenang dan ingat2 balik.... Adui, banyak yg telah berlaku tahun lepas, pahit dan manis. Alhamdulillah, aku telah lalui dengan tabah. Ssampai saat ini aku masih berusaha untuk rezeki yang satu itu.... Ya Allah! Perkenankanlah doa hambamu ini... AMIN....
Assalamualaikum.....

Alamak, lamanya tak update blog... rasanya malas sangat2. tapi tak tau kenapa malam ni terasa nak buka blog huhuhhu.... matlamat awal tahun ni... aku mau publish bakat terpendamku hehehe apa dia??? tunggu......................