Erm... tika ini tergerak hati dan tangan untuk mencoret sesuatu tentang situasi yang sekarang ni terasa hangat di halwa telinga diperdengarkan di media-media massa kisah baby di buang atau dotdotdot.... Apa sebenarnya yang difikirkan dan dieasakan oleh mereka2 yang terlibat ya???? 
         Ini bukan kes ringan taw? Ini dah Kes berat?!! Apa merekA yang terlibat ni tak da pelajaran/pengetahuan ke? tapi setahu saya mengikut rekod di Malaysia ni sikit sangat mereka2 yang tak bersekolah, malah lebih ramai mereka2 ini yang berkejaran untuk kesekolah tinggi baik dalam negara mahupun luar negara....
        Jadi????? Erm boleh eja katakan di sini bahawa mereka2 yang terlibat ini adalah dari kalangan mereka yang berpengetahuan. Betul tak? Bila dah ada pengetahuan, adakah mereka tak tau perbuatan tersebut adalah DOSA BESAR!!!! Dosa woooo boleh masuk neraka kalau tak bertaubat? Tapi apa yang terjadi sekarang? Suma mereka2 ini macam berkejaran untuk nak cari tempat yang sesuai nak letak anak hasil dari perbuatan sumbang mereka2 ini...... Apa dak terdesak sangat ke nak buat perkara2 yang tak baik ni???? Apakah ilmu yang diperolehi daripada guru2, ustaz/ustazah tak memberi pedoman dan berkat kepada mereka2 ini????
      Pernah jugak eja terfikir nak buka rumah untuk anak2 yang terbuang ni, tetapi bila difikirkan kebaikan dan keburukannya, keburukannya sangat2 eja takut nak fikirkan, sebab, bila mana kita membuka pusat2 untuk anak2 yang dibuang ni, maka ada dah la tempat bagi mereka2 yang berbuat sumbang ni meletakkan anak2 mereka.... hurm.... Pening jugak memikirkannya..... Tapi rasa kasih dan kasihan saya pada anak2 ini sangat kuat, bayangkan lah kalau anak2 ini membesar, apa yang ada dalam fikiran dan emosi mereka pun  turut terganggu.
      Insya Allah suatu hari nanti akan ku buka jua rumah untuk anak2 ini, sekarang tengah buat kajia sebanyak mungkin, dan memikirkan bagaimanakah nak bagitau mereka2 yang berfikiran terbuka tapi sesat ini supaya SEDAR..... Eja hanya dapat berdoa semoga mereka2 ini sedar dari kesilapan mereka dan  Nampak jalan yang Allah tunjukkan buat kita hambaNya, Umat Nabi Muhammad SAW.... AMIN.....

Sehiris Peria Secawan Madu ketengah isu masyarakat


dari kiri; Abdullah Abdul Hamid, Izelan Basar dan Zarina Jan Fazlay Rahman pada majlis pelancaran program Sehiris Peria Secawan Madu, baru-baru ini.


DOA... Biarpun ia adalah selemah-lemah usaha namun itulah senjata paling ampuh buat umat Islam, lebih-lebih lagi dalam menghadapi 1,001 macam rencam kehidupan.
Pada masa sama, bagi mereka yang mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, sudah pasti berpegang kukuh dengan konsep qada dan qadar Allah, waima diri diduga dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Hakikatnya, Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara dan tahap; susah, senang, gembira, duka, sakit, sihat, resah, tenang, demi melihat sejauhmanakah umat-Nya itu bersyukur dan beringat. Sesungguhnya tanpa ujian daripada Allah, kehidupan ini sekadar satu perjalanan biasa.
Lantaran itu, yakinlah sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan reda dan tenang, Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Yang pastinya, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Bertitik-tolak daripada ragam kehidupan itulah, Saluran televisyen Astro Oasis (Saluran 106) yang sebati dengan program-program Islamik seperti Kalam Suci, Jemputan Umrah, Sebutan Syariah dan banyak lagi akan mula menyiarkan program televisyen terbarunya iaitu Sehiris Peria Secawan Madu.
Program terbitan Karyawan Bestari Sdn. Bhd ini adalah berkonsep majalah dan bual bicara dengan durasi 30 minit akan membawakan pelbagai isu-isu semasa masyarakat.
Topik-topik yang bakal ke udara adalah Membelai Sakit, Tersesat Ke Penjara, Derita Bahagia OKU, Kejam, Padah Ibu Muda, Nur Ilahi, Dalam Gelap Ada Cahaya, Pelabuhan Terakhir, Jalan Terasing, Sepi Sendirian, Darah Muda, Pulang Ke Pangkal Jalan dan Menumpang Kasih.
Sebanyak 13 episod rancangan dengan 13 topik menarik telah bersiaran bermula 6 April lalu, seterusnya pada setiap hari Selasa pukul 7.30 malam. Siaran ulangannya iaitu pada Khamis 7.30 pagi, Jumaat 11 malam, Sabtu (6.30 pagi dan 3.30 petang) dan Ahad (12 tengah hari dan 9.30 malam)
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sebagai pelopor saluran gaya hidup Islam, pihaknya ingin terus menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah menerusi program yang dilancarkan hari ini.
"Program ini dilihat dapat menerbitkan rasa sabar, insaf, keimanan dan kegembiraan, khususnya di kalangan mereka yang kurang bernasib baik dan sedang ditimpa musibah.
"Ia juga dilihat begitu istimewa apabila ia cuba untuk berkongsi masalah dan kepahitan orang lain dengan membongkar kemanisan dan kebaikan yang terkandung di sebalik ujian Allah itu.
"Hebatnya juga apabila program ini cuba untuk mencari buktinya daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih," katanya ketika ditemui Mega pada majlis pelancaran program Sehiris Peria Secawan Madu, di ibu negara, baru-baru ini.
Pada majlis itu, penerbit merangkap Pengarah Program, Abdullah Abdul Hamid berkata, objektif utama program adalah membangkitkan rasa sabar, insaf, meningkatkan keimanan dan melahirkan kegembiraan, khususnya di kalangan mereka yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa musibah dan ujian Allah SWT.
"Sesungguhnya nasib manusia itu tidak sama. Jadi kita mahu mereka yang lebih bernasib baik itu agar sentiasa berkongsi, sekali gus dapat merasai keperitan orang lain. Kita juga berharap, mereka yang kurang bernasib baik juga tidak mudah berputus asa kerana masih ada yang mengambil berat.
"Dalam masa yang sama, ustazah Asni Mansor yang merupakan hos program juga bertindak sebagai pengacara akan menemubual secara eksklusif mangsa, insan malang dan tokoh-tokoh tertentu, seterusnya membongkar kemanisan dan kebaikan yang terkandung di sebalik musibah yang dihadapi.
"Ini supaya responden dan juga penonton memahami bahawa setiap kepayahan yang dialami itu, ada hikmah yang kita tidak ketahui kecuali Allah. Dengan kesabaran dan perasaan reda itu, dari situ akan hadirnya kemanisan iman," kata Abdullah yang sentiasa mendapat sokongan kuat daripada isteri tersayang, Zarina Jan Fazlay Rahman dan krew-krew penerbitan sepanjang empat bulan penggambaran.
Sementara itu, Asni mengakui pelawaan yang diterima itu umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Ini kerana format program seperti itulah yang diimpikan selama ini.
"Keperluan untuk mendekati masyarakat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik, menjadi alasan dan keutamaan yang membawa kepada persetujuan bergelar hos untuk program ini.
"Namun, ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana salah satu cabarannya ialah bagaimana untuk menghilangkan jurang antara saya dengan responden yang didekati. Ia memerlukan kekuatan dan ketabahan, lebih-lebih lagi melihat keperitan yang terpaksa ditanggung serta pengorbanan mereka untuk berubah.
"Sebab itulah, saya sentiasa letakkan diri saya di dalam situasi mereka agar lebih menjiwai dan menyelami perasaan responden," jelas Asni.
Beliau mengakui ada ketikanya air matanya tidak dapat menahan sebak serta hati kecilnya tersentuh dengan setiap topik yang dipaparkan.

Mencemburui gaji guru

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.