Nak kongsi tentang KEKASIH aku? Aku saja taip huruf besar sebab aku sayang sangat! kat"DIA" ni... Penyayang betul sifatnya. Betul ni.... Tak tipu punya! Pure cinta lah nak dikategorikan tu…. Apa tak nya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan dating bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA => DIRECT! Yang bestnya tu, bila aku ngadu kat DIA, rasa tenang jek… For Sure lah, KEKASIH kan…?! Ish… beruntungnya dapat KEKASIH Macm ni… Tak pernah sakitkan hati aku, bila-bila masa saja aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA dekat kat hati aku, Ya la CINTA punya pasal….
DIA tak kisah aapun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku, sebab kalau aku ingat & contact DIA jak, SURE macam2 yang aku dapat. Tak kiralah, material ka, spiritual ka, emmm Memang KEKASIH SEJATI lah….
Bila RIndu kat dia, baca jerk suarat2 yang DIA bagi tu, macam2 nasihat ada dalam tu, peringatan pun banyak.Siap bagi contoh lagi supaya aku faham. Sebelum ni aku pernah FRUST gak, memang sedih gila la masa tu… Ya lah cinta bagai nak rak, tetiba clash… Tetapi KEKASIH aku yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi, tak jeles pun.Cuma aku je yang JELES dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta kat DIA. So, aku kenalah usaha bersungguh2….. Kata orang putih, “What u give, is what u get” So kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan….? KEKASIH aku ni baik sangat2…. PERFECT! Tu yang kadang-kadang tengah2 malam area pukul 3 -4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA… RINDULAH…..
Sebenarnya KEKASIH aku ni KAYA…. Tu yang pemurah… Semua keperluan hidup aku, DIA yang support… percaya tak? FOC lagi… Tapi aku tak sedap hati lah, mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu kan….? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak ambil jek, pas tu pandai2lah membalas budi. Tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…. (Yang baik2 lah)
DIA suruh aku belajar bersungguh2, kalau boleh belajar semua ilmu, sebab KEKASIH aku ni cerdik pandai bijak genius etc,….. DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat sia-sia… DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
MALU lah sebenarnya nak cakap ni…Ermmm aku sebenaarnya belum pernah jumpa DIA. Lagi pun belum bersedia lah. Tetapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti, MESTI JUMPA. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! TAKUT!!!! Aku mesti prepare awal2… Daripada surat2 DIA yang ada tu, aku tahulah apa yang dia suka, dan tak suka. Mestilah aku berusaha buat apa yang DIA suka. Jadi tambah2lah saying DIA kat aku… Tak pa la, berkorban sekarang, sebab DIA JANJI sapa-sapa yang DIA saying, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun. ISH!!! Rindu sangt2 dah ni….. huhuhuh….
KEKASIH ku, aku berjanji akan pertahankan CINTA SUCI ini… Walaupun nyawa digalang gantikan, menggadaikan CINTA terAGUNG ini, TIDAK SAMA SEKALI. Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap BAHAGIA…
ITULAH KEKASIHKU………. ALLAH S.W.T………. CINTA TERAGUNGKU!!!!!!!!!!!!
Iman: Assalamualaikaum.....
Diri: Wa'alaikumussalam.... Oh! En. Iman... Saya rasa dah 2 3 minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ker?
Iman: Apa pula saya cuti Bos, Saya kan di beri cuti.
Diri: Oh, ye lupa.... Itulah, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulaknya. Lepas dgr ustaz kat tv berceramah, saya teringatkan kamu.
Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?
Diri: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri: Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam 1 syarikat. En. Nafsu tu saya lihat anti dengan saya.
Diri: Saya rasa serba salah la pula...
Iman: Bos boleh pilih salah 1 jek. Bos perlu mujahadah untuk pecaT En. Nafsu bos.
Diri: Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa2 yang patut.
Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos telah membuat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat CEO (Oleh Allah S.W.T) sebagai "muttaqin"

Kitalah bos kepada diri sendiri, kita yang mengurus tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihla agenda dan aktiviti yang menyuburkan iman kita. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri....

AMIN....