Iman: Assalamualaikaum.....
Diri: Wa'alaikumussalam.... Oh! En. Iman... Saya rasa dah 2 3 minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ker?
Iman: Apa pula saya cuti Bos, Saya kan di beri cuti.
Diri: Oh, ye lupa.... Itulah, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulaknya. Lepas dgr ustaz kat tv berceramah, saya teringatkan kamu.
Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?
Diri: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri: Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam 1 syarikat. En. Nafsu tu saya lihat anti dengan saya.
Diri: Saya rasa serba salah la pula...
Iman: Bos boleh pilih salah 1 jek. Bos perlu mujahadah untuk pecaT En. Nafsu bos.
Diri: Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa2 yang patut.
Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos telah membuat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat CEO (Oleh Allah S.W.T) sebagai "muttaqin"

Kitalah bos kepada diri sendiri, kita yang mengurus tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihla agenda dan aktiviti yang menyuburkan iman kita. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri....

AMIN....

0 comments:

Catat Ulasan