Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.
Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Beliau bersabda:
"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain
Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.
Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.
Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.
Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.
Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-
"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad
Oh, kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.
Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.
Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.
"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari

Penawar Duka
Kesedihan ialah penyakit jiwa yang boleh mengundang bahaya. Namun rasa kesedihan, kebimbangan, susah hati banyak melanda manusia pada waktu ini.
Sedihnya, kebanyakan manusia menemui jalan buntu untuk mengubati penyakit ini sehingga ada yang berputus asa. Dalam buku La Tahzan, Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni menyebut, " Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati adalah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan serta kebingungan."
Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak


Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?

Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”

Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”

Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Source: iLuvislam
Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=ejanatsumi
Insyallah, dapat membantu.
Bye!
            
Kenapa aku sering diuji...?
Firman Allah, maksudnya: " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;  'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Kenapa aku diuji ujian seberat ini?
Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang tu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah:286)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?.....   
Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah a;-Baqarah:216) 

Apa yang aku dapat dari semua ini?.....
Firman Allah, maksudnya: " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) Syurga untuk mereka....." (Surah Al-Taubah:111)  Pooh Bear
RENUNG RENUNGKANLAH  ...DUNIA ISLAM KITA NI.....
ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........


Assalam Mu'alaikum Wbrth!

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah ,biji hitam (black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki
urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.....


Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Orang yg tidak menunaikan sembahyang ,
akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."


PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata


1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata


1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran


1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI


Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH


Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA


Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN


Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....


Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN

============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'


Salam....

Perasaanku bercampur-baur... tika dan saat ini.... KENAPA? Adeh! Sejak dah bergelar tunangan orang ni, ku rasa bahagia, keliru, Tak percaya mmmm macam-macam lagi la.....

Rasa2nya semua pun pernah mengalami apa yang ku rasa kan.... betol3x...... ^_^ Sekarang hanya berdoa banyak-banyak kat TUHAN jika benar ia jodohku maka permudahkan lah jalan kami untuk menempuh hari bahagiaku kelak. Orang kata situasi semasa bertunang macam-macam dugaan akan timbul, dan aku yakin itu semua terjadi kerana menguji diriku dan dirinya setakat mana kekuatan ikatan kasih kami.

Sekarang ni aku sibuk merancang untuk barang-barang hantaran. Adeh, kena persiap awal supaya aku tak sibuk. Aku nak kalau boleh semuanya lancar jek.... Ada pun masalah yang mendatang akan ku tempuh dengan hati yang lapang.... InsyaAllah..... Doakan untukku wahai kawan-kawan.....!

Rupanya tak mudah menjadi Pelakon Utama.... Hehehehe bukan acting tu erk... Sapa yang nak kahwin adalah pelakon utama yang memainkan peranan sebagai raja hari tu hehehehe..... Walaupun aku dengar orang kata kalau jadi raja sehari, kita tak la sibuk mana sebab kita duduk jek, tapi bagiku, tak biasa nak menyerahkan bulat-bulat kerja ni pada keluarga saja. Aku kena gak campur tangan, lebih ramai lagi meriah.....

Hari ni genap seminggu aku jadi tunangan orang... Aku Bahagia sangat dan berharap kebahagiaan ini hingga keakhirnya...... AMIN....
Posted: 24 Jun 2010 07:06 AM PDT
Jika Anda di marahi seseorang, jika Anda dilanda tekanan, jika Anda sedang kemurungan atau jika Anda sedang stress, atasi semuanya dengan ucapan lafaz istighfar sepenuh hati.
Ucapkan istighfar dengan nada suara berbisik, pejamkan mata dan rasai rasa kehambaan.
Hadirkan rasa sesalan ikhlas seikhlasnya.
Lafaz istighfar apabila di ucap dengan hati yang ikhlas memohon kemaafan akan dapat membuat rasa tertekan, rasa terpukul, kecewa, rasa tak bersemangat hilang perlahan-lahan.

Amalkan selalu saranan ini agar dapat merasai kesannya secara mendalam.
Salam 1Malaysia....

Ahad lepas aku telah pergi kenduri kawen kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan... Wah! Meriah sungguh dan aku dah berkobar-kobar menunggu hari bahagia ku pula Insya Allah....

Dalam masa bergembira menghadiri kenduri kawan-kawan, hatiku tersentak dengan satu ayat yang dilafazkan oleh seorang kawan kepada kawanku... Emmmmm apa tu?????? Adalah ayatnya yang kurang enak di dengar dan tak patut dilafazkan....

Berkata bersahaja ni adakalanya ok dan adakalanya tanpa sedar boleh melukakan hati yang mendengar... Aku pun hairan pada fikiran sesetengah hamba ALLAH ni.... Dia boleh berfikir kerjanya sekarang ni lebih tinggi nilainya daripada kerja tahap rendah ni.... Macam orang tak bersyukur gamaknya.... Apa tidaknya, Dia cakap taraf kerja nya sekarang ni lebih baik, lebih tinggi dan orang yang kerja di bawah taraf diorang maka diorang boleh tindas begitu saja.... Emmmm Ni tak boleh jadi ni...... Bila orang dah tak mau pandang ke bawah dan merasa berada di atas selama-lamanya maka orang tu adalah orang yang rugi!!!! Kenapa? Sebab hidup kita ni ibarat pusingan roda... Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada dibawah... Bila berada diatas bukan bermakna kita lupakan yang di bawah.... Tetapi waspada supaya kita tak jatuh ke bawah dengan lebih teruk sakitnya.... Tetapi bila di bawah jangan pula kita tak berusaha untuk mencapai yang di atas... Kita semua BOLEH!! Hanya kita yang boleh menentukan Tahap mana kita berda dengan IZIN ALLAH.....

 Semua ini dari iltizam kita.... Seperti yang ditunjukkan oleh Dato' Fadzilah Kamsah, Kita mesti katakan pada diri kita "Saya Baik!, Saya Boleh!, Saya Bijak!" InsyaAllah....

Sedarlah Wahai Hamba Allah! Pandang rendah pada seseorang itu telah menunjukkan kebodohan kita sendiri.... Iya... Di dunia semua manusia pada taraf yang sama, Yang membezakan adalah Ilmu dan Amal yang ada pada diri manusia itu... Amin Amin..... Nu'uzubillah....

Berdebar2 Menunggu Juri Penilai......


Salam 1Malaysia...

Membanding-banding diri kita dengan kelebihan orang lain kurang bagus kerana yang kita akan nampak hanyalah kekuataan orang lain hingga kita tidak bersemangat melihat kepada kekuatan diri sendiri. Akibatnya, kita kalah sebelum memulakan apa-apa usaha kerana merasakan kita tidak setanding kelebihan orang itu.
Untuk membangkitkan motivasi, bangkitkan rasa kekaguman. Kagum itu akan membuat Anda jadi bermotivasi untuk menyamai pencapaian orang yang Anda kagumi. Serta-merta sikap sebegini akan membuat Anda terelak dari memandang rendah pada keupayaan diri sendiri.
Sedarlah Allah swt mahukan kita berjaya kerana setiap kali azan di laungkan, kita di seru untuk berusaha mengejar kejayaan. Kejayaan dunia dan akhirat pastinya.
Di petik dari iMotivasi....

Produk mandian Upin, Ipin


LENY Herlina (tengah) bersama Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Jaszmyn Leong Mei-Wunn (kanan) dan Pengarah Jualan dan Perkhidmatan, Joey Lim menunjukkan produk Upin dan Ipin keluaran syarikat Wonderland Primary.LENY Herlina (tengah) bersama Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Jaszmyn Leong Mei-Wunn (kanan) dan Pengarah Jualan dan Perkhidmatan, Joey Lim menunjukkan produk Upin dan Ipin keluaran syarikat Wonderland Primary.


KARAKTER kartun animasi komputer 3D, Upin dan Ipin bukan sahaja merupakan siri kartun kegemaran kanak-kanak hari ini malah dialog Betul! Betul! Betul! turut menjadi ikutan.
Upin dan Ipin menjadi popular kerana lagak mereka yang melucukan dan comel.
Bagi peminat-peminat Upin dan Ipin, kini mereka boleh menambah koleksi peribadi yang berlatar belakangkan watak popular itu dengan mendapatkan produk terbarunya iaitu koleksi penjagaan diri.
Dikeluarkan oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd. (Wonderland Primary), buat permulaan mereka telah memperkenalkan empat jenis produk iaitu syampu, krim mandian, losen badan dan pembersihan diri daripada hujung kaki hingga ke kepala.
Selain diperkaya dengan daun lidah buaya serta vitamin E, produk-produk tersebut pastinya memikat hati anak-anak anda kerana ia diperhebatkan lagi dengan bau-bauan seperti buah-buahan dan gula-gula candi.
Bukan itu sahaja malah kombinasi daun lidah buaya serta vitamin E mampu melembapkan kulit dan merapikan rambut anak-anak anda.
Apa yang menariknya mengenai produk penjagaan diri Upin dan Ipin ini, ia bukan sahaja diperbuat khas untuk kegunaan kanak-kanak malah ia juga merupakan satu produk penjagaan diri untuk seisi keluarga.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Wonderland Primary, Leny Herlina, untuk pengeluaran produk-produk tersebut, pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Les' Copaque Productions Sdn. Bhd. bagi mendapatkan hak kebenaran menggunakan watak kartun itu dalam semua produk keluarannya.
''Melalui perjanjian itu, kami dibenarkan untuk mengeluarkan 12 jenis produk lagi dan antaranya minyak bayi dan cucian tangan.
''Ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat tetapi secara berperingkat-peringkat.
''Setakat ini kami menerima sambutan menggalakkan daripada peminat kartun tersebut bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tetapi juga ibu bapa malah kami tidak hanya mensasarkan kepada pengguna-pengguna Melayu tetapi ia untuk semua kaum,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, antara lain keunikan produk keluaran syarikatnya itu ialah ia bebas daripada SLES atau SLS dan PARABEN yang mana ia boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit dan mata.
Ujarnya, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk tersebut telah dibuat kajian dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Formulasi yang digunakan juga sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak.
Selain itu, untuk menjadikan produk tersebut lebih menarik untuk dimiliki, setiap pembungkusan yang dilakukan telah direka khas yang tertera maklumat-maklumat mengenai kegunaan masing-masing.
Ini Adalah Apa Yang Dikata.... Kejadian Yang Sebenarnya??? Hanya Tuhan Yang Tahu... Saya Ada Seorang Rakan Guru, Adeh! Walaupun Dah Bertugas Sebagai Guru Dalam Tempoh Yang Lama, Tapi Bila Dilihat Prestasi Kerja Sebenar Banyak Pembohongan Berlaku.... Entahla Apa Niat Sebenar Dia Jadi Cikgu/Guru..... Semangat Untuk Bersaing dgn Rakan Sekerja Ada, Tapi Apa Yang diLihat Adalah Persaingan Yang Tak Sihat.... Selalu Berbuat Sesuatu DiDepan Lain DiBelakang LAin ARRGGHHHH!!!! Asyik Nak Jatuhkan Orang Lain Jak.... Bila Mengajar Hanya Sekadar Ala Kadar (Berkat Ka?) Gaji Mau Tapi Mengajar Sambil LEwa.... Hmmmm.... Jika 'DIA' terbaca BLOG ini Sedarkan lah Dia YA ALLAH! Aku Sayang Padanya Sebagai Rakan Guru Yang Dihormati.....
Munafik

Dari segi bahasa: Orang yang menyembunyikan perkara/maksud sebenar.
Dari segi Syarak: Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya didalam hati.

Orang munafik bersifat Talam 2 Muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka orang Islam tetapi didalam hatinya tidak dapat menerima ajaran suci ini sepenuhnya.

Tanda Seseorang itu Menjadi Munafik:

1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh
2. Tindak-tanduk Yang Sentiasa Berubah
3. Tidak Tetap Kata
4. Sentiasa mengharapkan Kebaikannya Dibalas
5. Jiwanya Tidak Tenteram
6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup

"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini, kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat."

Allah berfirman yang bermaksud: " Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam Neraka...." ( Surah Al-Nisa':145)

Allahua'lam...
Adeh! Kalau dulu aku rasa xda kereta payah, tapi bila ada kereta ag rumit hahahahaha! Kenapa? hmmmm iya lah, bila dah ada kereta, kena servis tiap2 bulan. Pas tu minyak ag, lau ada kerosakan ag mcm tayar pancitlah,  modified c cantiklah.... mmmmmm

Tapi alhamdulillah lah ada kereta, daripada xda.... lau dulu masa tak da kereta, p kerja naik 2 kali bas, lau jem, sanggup jalan kaki huhuu, p skrang maw balik ikut suka kitalah....

AdeH! Kereta ni mcm manusia gak, lau kita cek saki demam, cek2 lagi batuklah, selesma la itulah... inilah.... sama mcm penyakit kereta ni, mau alignment jak, p bila cek rim bengkoklah, benang tayar putuslah hhhwwwaaaa.....

Sekarang ni aku kat bengkel tunggu kereta aku di operate.... mudahan ok.....

Apa2 pun, sayangilah kereta anda, pandulah dengan berhemah bukannya sekadar pandai memandu..... Pandu Cermat Jiwa Selamat...
Bila kita benar2 ikhlas sayangkan orang tu, maka kita akan redha dengan apa yang berlaku.... Bercinta tak semestinya memiliki.... Sayang dan cinta lah dengan orang yang yang menyayangi kamu, jang mengejar cinta pada orang yang tak pasti akan cintanya.... Tetapi cinta kepada tuhan adalah yang UTAMA kerana dari cinta Kepada Allah maka kita akan belajar untuk menyintai Sang Adam....

Kekadang terdengar cerita kita akan dijodohkan dengan insan yang kita tak kenal langsung, kita jadi gabra.... fikiran dah kacau.... Erm.... pendapatku.... kita kenal dulu barang seketika lepas tu barulah kita terima ketentuan TUHAN dengan Solat Istikharah. InsyaAllah.... kita akan dapat jugak jawapannya... Jangan pulak kita tolak mentah2 apa yang terjadi kerana ia akan membina GAB dalam otak kita untuk tidak menerima kenyataan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu....

Yakinlah, bahawa apa yang berlaku dengan kita itu adalah perancangan dari TUHAN, maka kita akan ikhlas untuk menerima sesuatu itu.... Daripada kita mencari cinta yang tak pasti....... Allahua'lam.... 
Salam.....


Sedih sangat2.... Inilah yang aku rasakan tika dan saat ini..... Bila membelek semula album lama, aku terjumpa sesuatu yang hendak ku lupakan..... Ya ALLAH! Nak ku buang sayang tak buang teringat2 pulak kisah lama... Tentu semua pernah merasa apa yang ku rasa (pada mereka yang pernah frust)

Aku pernah mempunyai seseorang yang aku rasakan amat bermakna dalam hidupku suatu tika dulu. Tapi aku pasrah pada takdir yang kami tak ada jodoh akhirnya. Bila ateringat masa2 indah bersama, ku rasakan memang kami patutnya berjodoh. Tapi...........

Aku sayangkan dia ikhlas, aku boleh terima kekurangan dan kelebihannya. Dan aku rasa dia pun begitu. Cuma jarak ini telah memisahkan kami... Hanya dalam setahun selepas berjauhan, dia contact aku dan mengatakan dia dah bertunang HWWWAAAAaaaaa!!!! meraung dalam hati jak terima mesej gitu dari si dia. Kalau korang la, apa yang korang akan buat kalau kekasih hati kita nak bertunang dengan orang lain. Bila dirisik2 bakal tunang dia tu adalah x-girlfriend nya jugak.... huhuuu

Dulu masa kitorang dalam bercople pun dah ada dengar2 yang x-gf nya nak balik semula ngan dia. Tapi kami tetap perjuangkan cinta kami. Dia yakinkan aku yang dia memang nak hidup ngan aku sampai bila2. Tapi panggilan dari kampung yang menyuruh aku balik menggegarkan hubungan kami :(( Dia berart hati jugak nak bagi aku balik, tapi aku ada mak bapak gi, Kami berjanji akan tetap perjuangkan hubungan kami. Tapi pada masa tu, kampungku tak ada line utk berhubung. nak bertelefon susah sangat. Jadi kami berSMS sahaja.

Tiap2 malam dia akan bagitau perkembangan dirinya. 6 bulan kemudian dia propose aku, tapi dia cakap dia tak dek kerja tetap lagi, dia sanggup kerja kt tpt aku, tapi susahnya nak dapat kerja kat tempat aku nih.... Takkan nak suruh dia kerja ladang????? Erm.. mesti mak aku bising.... Aku ckp ngan dia nanti lah dulu sampailah dia dapat kerja tetap dulu baru kawen. Lepas tu dia senyap.

Aku try sms dia senyap jek... 6 Bulan kemudian, dia ckp dia nak bertunang???? Erm.... sedihnya.... dia bagi aku masa untuk berikan jawapan, dia ckp bertunang jak bukannya kawen. Dia tak bagitau pun dengan sapa dia tunang. Aku jadi tak karuan, fikiran ku buntu. takut kehilangan, tapi..... Nak kata JANGAN KAWEN aku tak sanggup. Nak suruh dia datang sini, dia pun tak komfom jugak....

Aku senyap lagi, 3 bulan kemudian dia bagi SMS kata "Esok saya nak kawwin..." ARGhhhhhhh......... meraung jek tak aku di buatnya..... Dah nak kawin, kawin je la.... Aku sms dia kata "Mungkin kita tak da jodoh" Fool.... napala, aku ckp gitu, lau aku ckp Jangan kawin, Awak tak sayang saya ke? Apa jadi plak nanti erk???

Setahun telah berlalu....... DIa bagi sms lagi kat aku.... Ayat pertama dia "Salam, Awak... Apa Khabar? Sihat? Aku pun jawb macam biasa lah. Seminggu berborak ngan dia tiba-tiba dia ckap saya sibuk ngan tut.... erm? dia sebut nama perempuan... Aku terkejut... Erm sapa tu? kataku.... Anak perempuan saya la.... Dupppp!!!!! Ha! Aku layan suami orang dah..... sedihnya, rasa bersalah sangat2..... aku terus senyap lepas tu. Tiba-tiba.... "Salam, awak jangan ganggu suami saya lagi, awak tak malu ke?" Gulp! Hah, sudah.... si isteri dah tau pulak dah. Aku balas, aku tak sengaja, bukan nak kacau pun. Cerita2 gitu2 jak.... Si isteri terus cakap yang bukan2... Ahhhhh! Persetan, aku terus buang nombor dia dalam handphone ku. 2minggu kemudian, ada lagi nombor tu muncul, kali ni dia yang mesej. "Sori wak, tak tau pulak yang isteri mengamuk..." Aku senyap kan aje.

Bersambung..................................

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
MaLu itu Indah,

MaLu itu Fitrah,

Janganlah menjadi orang yang tak tahu malu.........

Bergaul sebebas-bebasnya sesama Lelaki dan Perempuan........

 Itu Bukanlah akhlak seorang Muslim....

Berpada-padalah menjaga IMAN sesama sendiri.......

AMIN.
Ya ALLAH!! Bukanya maw mengeluh, sekadar meluahkan apa yang terpendam agar tak menjadi nanah dalam diri. Dalam kita melakukan tugas seharian pasti ada saja yang akan merasa tak puas hati dikalangan teman2 sekerja. Ini sudah lumrah, tapi kalau perkara ketidakpuasan hati ini mengguris perasaan kita dan membuatkan kita meluat, aku rasa macam nak tampar-tampar jak muka orang tu, biar dia rasa sedar sikit.

Bukanlah nak kata aku ni baik sangat, tapi sentiasa beringatla, apa yang kita perbuat sentiasa diperhatikan, apa yang kita cakap akan di dengar, apa orang tua2 kata, CaKaP SiAnG PaNdAnG2.... Sambung sendirilah yek... Nak tunjukkan sikap perihatin kena waspada, kekadang kita tak sedar, ingatkan kita prihatin dengan sesuatu tetapi sebenarnya kita boleh dianggap menyibuk tahap luar biasa. Bila kita tak ganggu kerja dia, janganlah dia ganggu kerja kita dan menyusahkan kita pulak huhuuu....... Ya Allah! Tolonglah sedarkan sedara ku sorang nih....

Di tegur nanti dikata kurang ajar pulak! Huh...... Hidup kalau tak maw di susahkan janganlah menyusahkan orang lain. Itu di kira membuli juga namanya. Berbuat jahat akan dapat balasan juga, kalau bukan kita balas, orang lain yang balas. Masa tu la nak nangis ngengada......

Bersahabat,   Bekerja, Beribadah, biarlah ikhlas, jangan menyusahkan orang lain, jangan lah terlampau menyibuk hal2 yang tak sepatutnya. Dia berasa penat, kita pun penat, bila nak sama2 senang maka toleransi, kompromi. mesti ada... kita bekerja berkumpulan maka ramai hati hati dan perasaan yang perlu dijaga. kalau hati sendiri jak yang maw dijaga, BAIK KERJA DALAM HUTAN!!!
Erm... tika ini tergerak hati dan tangan untuk mencoret sesuatu tentang situasi yang sekarang ni terasa hangat di halwa telinga diperdengarkan di media-media massa kisah baby di buang atau dotdotdot.... Apa sebenarnya yang difikirkan dan dieasakan oleh mereka2 yang terlibat ya???? 
         Ini bukan kes ringan taw? Ini dah Kes berat?!! Apa merekA yang terlibat ni tak da pelajaran/pengetahuan ke? tapi setahu saya mengikut rekod di Malaysia ni sikit sangat mereka2 yang tak bersekolah, malah lebih ramai mereka2 ini yang berkejaran untuk kesekolah tinggi baik dalam negara mahupun luar negara....
        Jadi????? Erm boleh eja katakan di sini bahawa mereka2 yang terlibat ini adalah dari kalangan mereka yang berpengetahuan. Betul tak? Bila dah ada pengetahuan, adakah mereka tak tau perbuatan tersebut adalah DOSA BESAR!!!! Dosa woooo boleh masuk neraka kalau tak bertaubat? Tapi apa yang terjadi sekarang? Suma mereka2 ini macam berkejaran untuk nak cari tempat yang sesuai nak letak anak hasil dari perbuatan sumbang mereka2 ini...... Apa dak terdesak sangat ke nak buat perkara2 yang tak baik ni???? Apakah ilmu yang diperolehi daripada guru2, ustaz/ustazah tak memberi pedoman dan berkat kepada mereka2 ini????
      Pernah jugak eja terfikir nak buka rumah untuk anak2 yang terbuang ni, tetapi bila difikirkan kebaikan dan keburukannya, keburukannya sangat2 eja takut nak fikirkan, sebab, bila mana kita membuka pusat2 untuk anak2 yang dibuang ni, maka ada dah la tempat bagi mereka2 yang berbuat sumbang ni meletakkan anak2 mereka.... hurm.... Pening jugak memikirkannya..... Tapi rasa kasih dan kasihan saya pada anak2 ini sangat kuat, bayangkan lah kalau anak2 ini membesar, apa yang ada dalam fikiran dan emosi mereka pun  turut terganggu.
      Insya Allah suatu hari nanti akan ku buka jua rumah untuk anak2 ini, sekarang tengah buat kajia sebanyak mungkin, dan memikirkan bagaimanakah nak bagitau mereka2 yang berfikiran terbuka tapi sesat ini supaya SEDAR..... Eja hanya dapat berdoa semoga mereka2 ini sedar dari kesilapan mereka dan  Nampak jalan yang Allah tunjukkan buat kita hambaNya, Umat Nabi Muhammad SAW.... AMIN.....

Sehiris Peria Secawan Madu ketengah isu masyarakat


dari kiri; Abdullah Abdul Hamid, Izelan Basar dan Zarina Jan Fazlay Rahman pada majlis pelancaran program Sehiris Peria Secawan Madu, baru-baru ini.


DOA... Biarpun ia adalah selemah-lemah usaha namun itulah senjata paling ampuh buat umat Islam, lebih-lebih lagi dalam menghadapi 1,001 macam rencam kehidupan.
Pada masa sama, bagi mereka yang mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, sudah pasti berpegang kukuh dengan konsep qada dan qadar Allah, waima diri diduga dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Hakikatnya, Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara dan tahap; susah, senang, gembira, duka, sakit, sihat, resah, tenang, demi melihat sejauhmanakah umat-Nya itu bersyukur dan beringat. Sesungguhnya tanpa ujian daripada Allah, kehidupan ini sekadar satu perjalanan biasa.
Lantaran itu, yakinlah sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan reda dan tenang, Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Yang pastinya, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Bertitik-tolak daripada ragam kehidupan itulah, Saluran televisyen Astro Oasis (Saluran 106) yang sebati dengan program-program Islamik seperti Kalam Suci, Jemputan Umrah, Sebutan Syariah dan banyak lagi akan mula menyiarkan program televisyen terbarunya iaitu Sehiris Peria Secawan Madu.
Program terbitan Karyawan Bestari Sdn. Bhd ini adalah berkonsep majalah dan bual bicara dengan durasi 30 minit akan membawakan pelbagai isu-isu semasa masyarakat.
Topik-topik yang bakal ke udara adalah Membelai Sakit, Tersesat Ke Penjara, Derita Bahagia OKU, Kejam, Padah Ibu Muda, Nur Ilahi, Dalam Gelap Ada Cahaya, Pelabuhan Terakhir, Jalan Terasing, Sepi Sendirian, Darah Muda, Pulang Ke Pangkal Jalan dan Menumpang Kasih.
Sebanyak 13 episod rancangan dengan 13 topik menarik telah bersiaran bermula 6 April lalu, seterusnya pada setiap hari Selasa pukul 7.30 malam. Siaran ulangannya iaitu pada Khamis 7.30 pagi, Jumaat 11 malam, Sabtu (6.30 pagi dan 3.30 petang) dan Ahad (12 tengah hari dan 9.30 malam)
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sebagai pelopor saluran gaya hidup Islam, pihaknya ingin terus menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah menerusi program yang dilancarkan hari ini.
"Program ini dilihat dapat menerbitkan rasa sabar, insaf, keimanan dan kegembiraan, khususnya di kalangan mereka yang kurang bernasib baik dan sedang ditimpa musibah.
"Ia juga dilihat begitu istimewa apabila ia cuba untuk berkongsi masalah dan kepahitan orang lain dengan membongkar kemanisan dan kebaikan yang terkandung di sebalik ujian Allah itu.
"Hebatnya juga apabila program ini cuba untuk mencari buktinya daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih," katanya ketika ditemui Mega pada majlis pelancaran program Sehiris Peria Secawan Madu, di ibu negara, baru-baru ini.
Pada majlis itu, penerbit merangkap Pengarah Program, Abdullah Abdul Hamid berkata, objektif utama program adalah membangkitkan rasa sabar, insaf, meningkatkan keimanan dan melahirkan kegembiraan, khususnya di kalangan mereka yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa musibah dan ujian Allah SWT.
"Sesungguhnya nasib manusia itu tidak sama. Jadi kita mahu mereka yang lebih bernasib baik itu agar sentiasa berkongsi, sekali gus dapat merasai keperitan orang lain. Kita juga berharap, mereka yang kurang bernasib baik juga tidak mudah berputus asa kerana masih ada yang mengambil berat.
"Dalam masa yang sama, ustazah Asni Mansor yang merupakan hos program juga bertindak sebagai pengacara akan menemubual secara eksklusif mangsa, insan malang dan tokoh-tokoh tertentu, seterusnya membongkar kemanisan dan kebaikan yang terkandung di sebalik musibah yang dihadapi.
"Ini supaya responden dan juga penonton memahami bahawa setiap kepayahan yang dialami itu, ada hikmah yang kita tidak ketahui kecuali Allah. Dengan kesabaran dan perasaan reda itu, dari situ akan hadirnya kemanisan iman," kata Abdullah yang sentiasa mendapat sokongan kuat daripada isteri tersayang, Zarina Jan Fazlay Rahman dan krew-krew penerbitan sepanjang empat bulan penggambaran.
Sementara itu, Asni mengakui pelawaan yang diterima itu umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Ini kerana format program seperti itulah yang diimpikan selama ini.
"Keperluan untuk mendekati masyarakat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik, menjadi alasan dan keutamaan yang membawa kepada persetujuan bergelar hos untuk program ini.
"Namun, ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana salah satu cabarannya ialah bagaimana untuk menghilangkan jurang antara saya dengan responden yang didekati. Ia memerlukan kekuatan dan ketabahan, lebih-lebih lagi melihat keperitan yang terpaksa ditanggung serta pengorbanan mereka untuk berubah.
"Sebab itulah, saya sentiasa letakkan diri saya di dalam situasi mereka agar lebih menjiwai dan menyelami perasaan responden," jelas Asni.
Beliau mengakui ada ketikanya air matanya tidak dapat menahan sebak serta hati kecilnya tersentuh dengan setiap topik yang dipaparkan.

Mencemburui gaji guru

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
Salam....

            Hari ni terasa nak menulis sesuatu tentang FB.... Hurm.... dulu masa mula-mula join FB punyalah seronok, apa taknya, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan terputus hubungan jumpa balik melalui Friend Finder... Alhamdulillah jugak lah, tapi yang tak bestnya, bila dah leka, kerja lain malas nak buat. Nak menghadap FB jek, nak tau kenapa? erm... apalagi kalau bukan Game-Game yang disediakan, tinggal klik jek.
           Tapi itu dulu, bila dah lama sikit menggunakan FB, game dah tak ku layan.  Menghadap laptop ni membuatkan mataku yang sememangnya rabun makin rabun. Aku tgk ruangan FB tpt meluahkan perasaan yang tak stabil dalam diri masing-masing. Ada plak yang ntah share benda2 yang ntah apa-apa jek....
            Yang tak bestnya, bila ada rakan-rakan teman sibuk jugak ADD kita sebagai kawan, tapi tujuannya apa???? Sekadar nak bagi tunjuk kat org lain yang FRIEND dia dah cecah beribu atau beratus dn macam-macam lagi. Dah la ADD kita pas tu tak kenalkan diri dan tak catch up apa-apa pun lepas tu. Bila bagi isu or pandangan bukannya bagi pun, sekadar membaca sepintas lalu, nak tahu kenapa??? sebab diorang tak kenal kita dan tak tahu nak bagi komen apa. Ni yang buat aku bengang.....
            Kalaupun nak ADD kita sebagai kawan, jadilah kawan yang sebenar, bukan kawan LIST sahaja. Menyampah aku....  Sedar-sedarlah pengguna FB sekalian. Nak tambah kawan baru boleh... bukannya tak boleh, tapi bukan sekadar ADD kita dan tak kenalkan diri Anda.... BENGANG gak wooooo...
           FUHH!!!! Lega.....



iLuvislam.com

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)