Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com + discover the beauty of islam
As Salam...

Wah! Salute la... Novel Fauziah Ashari tak pernah menghampakan aku hehehehe Ala... Novel terbarunya ni "Kan KuKejar Cinta Kamu" Walaupun dia gunakan kata ganti yang pelik [agak unik] tapi ku rasa sangat2 menyentuh perasaanku....[terlebih feeling agaknya hehehe sampaikan banyak kali jugakla aku terasa sebak semasa membacanya dan 2 x mengalirkan air mata huhuhuh [ memang semenjak dua menjak ni mudah sangat mengalirkan air mata :( ]

Jalan cerita tak meleret2, ada isi yang disampaikan, dan yang paling penting tak strereotaip... memang MANTOP!!!!! Rugi tak baca....

Erm... ada ayat dia yang menyentuh perasaan kita sebagai pembaca dan pengajaran untuk wanita bergelar Isteri, Ibu, Nenek dan sebagainya.... Jadilah isteri yang solehah, kelak kita jugak yang bahagia di akhirat kelak. Jangan berdendam, kerana dendam itu hanya membawa kepada kemusnahan hati dan hilangnya ketenangan jiwa. Terus terang ku kata, siapa yang berdendam dan dia bahagia NO!!! tidak sekali2..... malah Dendam hanya membuatkan kita jauh dari kasih sayang Allah....

Ayat yang paling aku suka [ bukan ayat-ayat cinta erk ] :
     Beban memusnahkan impian [ ada maksudnya yang mendalam]
 



Walaupun cerita ni banyak yang menggeramkan dan menyakitkan hati  [ kalau terjadi dalam real life ] tapi bila diselitkan dengan ilmu2 tambahan dan humor kita jadi terhibur dan sangat2 teringin mau membaca hingga ke akhirnya.....

Ha! sesapa yang suka baca bab 1 dan bab ending tanpa baca jalan cerita ditengah2nya.... ANDA RUGI BESAR!! kerana didalam dan ditengah2 cerita banyak konflik, ilmu dan garapan2 minda yang boleh kita gunakan dalam menghadapi kehidupan kita didunia nyata. Bukan lah aku kata aku OBSES ngan novel2 ni, tapi gunakanlah akal sihat semasa membaca. yang baik kita ambil, yang remeh2 tu sekadar mainan cerita sahaja....

Oh! ya, rupanya ada novel ombak rindu3, kesinambungan novel ombak rindu tu selepas Cinta Tiada Akhirnya" tajuknya "RINDU CINTAKU" Wah! wajib cari ni, coz sambungan cerita Izzah & Harizz hehehehe..... Jom Geng Kaki Novel.... Cari dan membacalah, Ilmu takkan tua. Semakin lama kita hidup, semakin banyak ilmu yang kita dapat. Bah membaca la kamu heheheheeh